Meneraju inisiatif pendigitalan di agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital;
Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Negeri dengan:
Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia; dan
Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global