Latar Belakang
Bagaimana Jabatan Mufti Negeri Melaka Ditubuhkan
Pejabat Mufti Negeri Melaka
Sejarah Penubuhan
Organisasi/institusi mufti mula wujud sebelum Tanah Melayu merdeka. Pada tahun 1957 (selepas merdeka), Negeri Melaka telah mewujudkan satu enakmen yang dinamakan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka 1959 (dipinda pada tahun 1991 dan 2002). Jawatan Mufti dan fungsinya diwujudkan secara rasmi di bawah enakmen ini.
Perkembangan dan Pengasingan Bahagian Fatwa
Pada peringkat awal, Jabatan Mufti Melaka merupakan salah satu bahagian dalam Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan dikenali sebagai Bahagian Fatwa. Pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan surat pekeliling mengenai pengasingan Bahagian Fatwa daripada Jabatan Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Sejak itu, institusi fatwa di Negeri Melaka beroperasi sebagai Pejabat Mufti Negeri Melaka yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Misi dan Strategi
Berdasarkan hasrat penubuhan jabatan ini di bawah enakmen tersebut, Pejabat Mufti Negeri Melaka (JMM) telah menyusun strategi untuk mempertingkatkan sumbangan dan meninggikan syiar Islam di Negeri Melaka melalui perkara-perkara berikut:
- Mengeluarkan fatwa bagi persoalan yang belum muktamad atau menimbulkan kontroversi berhubung hukum syarak.
- Mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap syariat Islam yang sebenar.
- Membangunkan bidang Falak Syarie melalui aktiviti pendidikan, penyelidikan dan astro-pelancongan.
- Mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang fatwa dan falak.
- Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam seluruh aktiviti jabatan.
- Mewujudkan hubungan kerjasama dengan agensi, badan berkanun, institusi pendidikan atau pertubuhan bukan kerajaan yang berkepakaran dalam bidang berkaitan.