Bahagian Fatwa dan Buhuth bertanggungjawab menyediakan fatwa dan pandangan hukum syarak, menjalankan kajian dan penyelidikan, serta memproses permohonan tauliah mengajar agama dan al-Quran di Negeri Melaka.
Visi
- Memartabatkan Syariat Dalam Masyarakat Dan Negeri Melaka.
Misi
- Mengeluarkan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang berhubungan dengan hukum syarak.
- Mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap fatwa dan hukum syarak.
- Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti penyelidikan dan fatwa.
- Menjalin hubungan kerjasama dengan JAKIM, Jabatan-jabatan Mufti negeri dan serantau serta institusi pendidikan dalam aspek kajian fatwa.
Objektif
- Untuk menyediakan fatwa atau pandangan hukum syarak dalam perkara agama dan isu semasa yang menimbulkan perselisihan dalam masyarakat dengan lengkap, kemas dan bersistematik sebagai panduan umat Islam dalam Negeri Melaka.
- Untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dalam pelbagai aspek berkaitan fatwa dan hukum syarak yang relevan dengan suasana semasa.
- Untuk memproses permohonan Temuduga Pegawai Syarak, Tauliah Mengajar Agama dan Al-Qur’an mengikut peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 dan Kaedah-Kaedah Tauliah Mengajar Agama yang telah ditetapkan dengan cekap, teratur dan berkualiti.